Perkhidmatan Kami
J ZAL CREATIVE BUILDER menyediakan perkhidmatan yang berkualiti dengan harga yang bersesuaian.  Lihat perkhidmatan kami di bawah.

Pembinaan Rumah
Syarikat menyediakan perkhidmatan membina sebuah rumah sama ada rumah banglo setingkat, dua tingkat dan sebagainya dengan reka bentuk yang menarik.

Ubah Suai Rumah
Syarikat juga menyediakan perkhidmatan pengubahsuaian rumah, pejabat, kilang, sekolah dan lain-lain dengan harga yang berpatutan dan reka bentuk yang pelanggan inginkan.

Elektrikal dan Perpaipan
Syarikat juga mahir dalam menyediakan perkhidmatan elektrikal dan perpaipan. Pelbagai jenis reka bentuk terkini bidang eletrikal seperti pemasangan lampu LED berwarna-warni dan sebagainya disediakan oleh syarikat.Â
Kerja-kerja perpaipan juga disediakan oleh syarikat mengikut citarasa pelanggan.

Kabinet Dapur
Rekaan kabinet dapur yang moden dan terkini mengikut kehendak dan cita rasa pelanggan juga turut disediakan oleh syarikat dengan harga yang sesuai untuk pelbagai lapisan masyarakat.

Landskap
Syarikat juga mahir dalam kerja-kerja landskap. Syarikat menyediakan pelbagai reka bentuk landskap untuk kediaman, sekolah atau pejabat. Reka bentuk landskap adalah mengikut cita rasa pelanggan menggunakan pelbagai jenis tumbuh-tumbuhan bagi menceriakan kediaman pelanggan.